Tentang saya

My photo
"Katakanlah, inilah jalanku, mengajak aku kepada Allah dengan hujjah yang nyata, aku dan yang mengikutiku, dan mensucikan Allah, dan tidak aku dari golongan musyrikin" Surah Yusuf ayat 108.
Showing posts with label Agenda Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Agenda Dakwah. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Menghidupkan sebuah kehidupan

Tanah yang kosong dan gersang perlu dihidupkan dengan bercucuk tanam dan pembangunan, sebagaimana Baginda Nabi s.a.w juga menganjurkan, bahkan tidak kurang pula memerintahkan para sahabat untuk menanam pokok. Baginda saw bersabda :

“Tidaklah seorang Muslim yang menanam pokok atau menanam tanaman lalu tanaman tersebut dimakan oleh oleh manusia, binatang melata atau sesuatu yang lain kecuali hal itu bernilai sedekah untuknya,” (HR Muslim)

Dalam kesempatan lain baginda berkata :
Kehidupan adalah anugerah Allah
Dan rentet jalannya Allah tentukannya
Lalu hiduplah berpanduan perintah Allah
Dan jalan bahagia kita Allah aturkan sebaiknya
“Jika tiba hari kiamat sedang pada tangan dari kamu ada benih pokok kurma maka tanamlah,” (HR Ahmad)

Bagaimana pula dengan hati yang kosong dan gersang?

Kejatuhan akhlak dan kehancuran kehidupan banyak dipengaruhi oleh hati yang kosong tanpa panduan agama. Hati yang kosong itu tiada disirami iman, lalu terisi pula oleh lalang kejahilan dan kebuasan nafsu. Maka lama kelamaan sebuah kehidupan murni seorang insan akhirnya mati sebelum mati.


Merujuk kepada firman Allah swt dalam surah Al Jum'ah ayat 2::
“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan (tazkiyah) mereka dan mengajarkan (ta’lim) mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah).”

Di sini, tazkiyah dinyatakan terlebih dahuli kemudian barulah ta'lim. Maka jiwa dan hati manusia perlu disucikan terlebih dahulu melalui taubat dan membersihkan sifat mazmumah. Jiwa manusia perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada penghambaan kepada nafsu dan kesenangan yang sementara kepada pengabdian kepada Allah yang mengurniakan puncak segala bahagia.

Kemudian barulah manusia itu dipenuhi hatinya tentang hakikat kehidupan yang sebenarnya. Manusia akan mencapai kefahaman tentang hakikat kehidupan apabila manusia ta'lim akan:

1. konsep Rububiyyah iaitu konsep bertuhankan Allah yang satu juga mentauhidkan keagunganNya

2. tujuan manusia diciptakan iaitu konsep Uluhiyyah yang mana untuk mengabdikan diri kepadaNya juga meminta pertolongan dalam kehidupan hanya dari Allah

3. tujuan manusia dihidupkan iaitu sebagai Khalifah yang akan mentadbir alam ini.

4. kehendak dan perintah Pencipta yang dititipkan melalui Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan ke arah kehidupan yang bahagia.

Tarbiyah merupakan satu pendekatan yang bersepadu untuk mendidik jiwa manusia ke arah suatu kehidupan yang sejahtera. Tarbiyyah dalam kehidupan ada beberapa bentuk:

PERTAMA : TARBIYAH RUHIYAH / NAFSIYAH (PENDIDIKAN KEROHANIAN / KEJIWAAN)
Pertama sekali, jiwa manusia perlu ditarbiyyah supaya wujud hati yang bersih dan mentaati Allah melalui keimanan yang luhur.

KEDUA : TARBIYAH JASMANIYAH (PENDIDIKAN FIZIKAL)
Keperluan jasad yang baik juga perlu bagi manusia menjalani kehidupan. Islam telah menganjurkan kehidupan jasmani yang sihat dan sempurna, bukan sahaja anjuran peringkat hati dan jiwa semata-mata.

KETIGA : TARBIYAH IMANIYAH (PENDIDIKAN KEIMANAN)
Ini amat ditekankan dalam kehidupan manusia, kerana iman adalah asas kepadan menusia melaksanakan kehidupan yang hidup. Iman memandu manusia agar:

1. sentiasa ingat dan tahu tujuan hidupnya dan pengabdiannya pada Allah
2. akan sentiasa mengikut lunas panduan Islam yang pastinya menuntun ke arah kebahagiaan di dunia.
3. iman merupakan nilaian paling utama bagi menjamin tempat manusia di akhirat nanti.

KEEMPAT : TARBIYAH AQLIYAH (PENDIDIKAN AKAL)
Islam amat menitik beratkan pendidikan akal kerana akal yang sihat dan sempurna merupakan punca kepada pengembangan ilmu yang menjadi sumber kejayaan kehidupan manusia.

KELIMA : TARBIYAH AKHLAQIYAH (PENDIDIKAN AKHLAK)
Kehidupan yang baik adalah diwarnai dengan akhlak manusia yang baik. Berbahagialah sebuah kehidupan jika semua orang mengamalkan akhlak Islamiyyah yang sempurna.

KEENAM : TARBIYAH FIKRIYAH (PENDIDIKAN KETAJAMAN CARA BERFIKIR)
Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa berfikir dan merenung kejadiannya juga mengambil kebaikan dari segala penciptaanNya. Anjuran amalan berfikir dan berbincang untuk menyelesaikan permasalahan adalah bukti Islam menganjurkan umatnya maju dalam kehidupan mereka.

KETUJUH : TARBIYAH IQTISHADIYAH (PENDIDIKAN KEMAPANAN EKONOMI)
Kemantapan ekonomi amat penting dalam tarbiyyah Islam. Maka banyak aktiviti ekonomi yang halal yang dianjurkan dalam syariat untuk manusia meningkatkan taraf kehidupannya.

KELAPAN : TARBIYAH SIYASIYAH (PENDIDIKAN POLITIK)
Tarbiyyah Islam turut menggariskan asas siyasyah agar transformasi sosial ini akan membantu pembangunan masyarakat juga agenda pengembangan Islam untuk kesejahteraan ummat.

Friday, December 30, 2011

Usrah sebagai wasilah tarbiyah

ASAS TARBIYAH

Tarbiyah Islamiyah harus berasaskan Al-Quran dan As Sunnah melalui pelbagai wasilah sehingga mampu menghasilkan individu yang menyeru kepada kebaikan Islam juga beramal dengan ilmunya.

"Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tegakkan daulah Islam dalam hatimu, niscaya ia akan tertegak di atas muka bumi".

Tarbiyah mempunyai beberapa ciri berikut:
a. Bersifat rabbani.
b. Mempunyai asas yang tetap.
c. Bertepatan dengan fitrah.
d. Merangkumi seluruh aspek kehidupan secara seimbang.
e. Menyatupadukan tenaga-tenaga manusia.
f. Optimis, positif dan praktikal yang dibangunkan di atas asas aqidah, ibadat dan
syariah.

Semua ciri-ciri di atas diperlukan dalam rangka untuk mencapai kemuliaan insan bagi menegakkan semula tamadun Islam. Daripada asas di atas, maka dibentuk pula keluarga Islam, kemudian masyarakat Islam dan seterusnya kerajaan Islam.

Oleh sebab itu, tarbiyah secara perlahan tetapi berterusan menjadi antara unsur yang tetap agar kita akan memperolehi individu muslim sebagai titik tolak perubahan sebagaimana yang ditunjukkan oleh manhaj Rasulullah saw.

Maka, mengikut Imam Hasan Al Banna, wasilah untuk melaksanakan tarbiyah sebegitu ialah melalui USRAH.



PENGERTIAN USRAH

Usrah dalam pengertian bahasa Arab ialah :

“Kumpulan individu-individu muslim yang beriman dengan agama ini, berusaha untuk tolong menolong antara satu sama dengan yang lain bagi memahami dan menghayati Islam.”

Dr Ali Abdul Halim Mahmud pernah berkata bahwa :

“Pengurusan yang paling penting dalam jamaah adalah pengurusan usrah, kerana ia merupakan batu bata pertama dalam bangunan. Apabila pengurusan usrah baik, maka baik pulalah keadaan jamaah secara keseluruhan, demikian juga sebaliknya.”

Begitu juga Hasan Al Hudhaibi menyebut bahwa :

“Sistem usrah tidak lain merupakan hakikat Islam di kalangan Ikhwan. Jika mereka telah merealisasikan perkara itu pada diri mereka sendiri, maka adalah benar bahwa mereka menantikan datangnya pertolongan yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang beriman.”

KEPENTINGAN USRAH

Usrah menjadi wasilah tarbiyah yang penting oleh sebab-sebab berikut :

1. Melaksanakan perintah Allah untuk belajar seumur hidup.
2. Ikut sunnah Rasul dalam membina para sahabat dalam sistem usrah.
3. Wasilah paling berkesan bagi membentuk Syakhsiyah Islamiyah.
4. Melatih amal jama’ie dalam mempertahankan kewujudan jamaah Islam.
5. Jalan yang paling tepat untuk takwin ummah.

TUJUAN / SASARAN USRAH

Pembentukan melalui usrah dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau sasaran berikut :

1. Tercapainya ‘muwashofat’ / kenaikan ‘mustawa’ (peringkat)

Ukuran produktiviti adalah seramai mana mutarabbi berhasil naik ke ‘mustawa’ berikutnya manakala ukuran kenaikan ‘mustawa’ adalah sejauh mana mutarabbi mencapai ‘muwashofat’ yang telah ditetapkan.

Karakter yang perlu diwujudkan itulah yang disebut dengan ‘muwashofat’.

Tugas murabbi ialah membimbing mutarabbi untuk mencapai ‘muwashofat’ yang telah ditetapkan.

Kenaikan ‘mustawa’ adalah cara untuk menempatkan seseorang sesuai dengan tempatnya dalam susunan jamaah di samping mengukur kapasiti seseorang dalam memikul bebanan dakwah.

2. Tercapainya pembentukan murabbi / naqib

Sebagai wadah pembentukan aktivis dakwah, ukuran produktiviti adalah sejauh mana mutarabbi berhasil menjadi murabbi / naqib.

Ini adalah kerana tidak ada wasilah lain yang dapat melahirkan murabbi / naqib kecuali usrah. Usrah tidak akan tersebar ke dalam masyarakat jika tidak lahir murabbi-murabbi / nuqaba’ baru yang akan mengembangkan pembinaan melalui usrah.

Membentuk ummah yang Islamik adalah wajib dan oleh yang demikian, cara mewujudkannya juga menjadi wajib. Cara yang paling berkesan untuk membentuk ummah yang Islamik adalah dengan mentarbiyah ummah melalui usrah maka pembentukan murabbi / naqib menjadi wajib kerana tidak mungkin usrah itu ada jika tidak ada murabbi / naqib.

Mengikut Dr Abdullah Qadiri Al Ahdal :

“Sesungguhnya seorang akh yang benar tidak dapat tidak kecuali dia mesti menjadi murabbi.”

Manakala Ustaz Mustafa Masyhur pula berkata :
“Murabbi perlu membiasakan binaannya untuk memberikan sumbangan, menyeru orang lain kepada Allah dan menyampaikan berbagai pelajaran. Bahkan ia perlu membentuk mereka menjadi murabbi yang melakukan tugas seperti dia bagi binaan-binaan yang baru.”

3. Tercapainya pengembangan potensi.

Ukuran produktiviti adalah sejauh mana mutarabbi berhasil mengembangkan potensinya. Potensi terbahagi kepada dua :

a. Potensi umum yang meliputi kreativiti, komunikasi dan kepimpinan.
b. Potensi khusus di mana mutarabbi mampu menzahirkan tarbiyah dalam profesion seharian seperti berniaga, kemahiran komputer dan menulis, kecerdasan matematik, bidang kedoktoran, kimia, fizik dan lain-lain.

Tugas murabbi adalah membantu mutarabbi menemukan dan mengembangkan potensi umum atau khusus tersebut.

ASAS USRAH

Terdapat 3 asas usrah iaitu:

1. Ta’aruf.
2. Tafaahum.
3. Takaaful.

1. TAARUF

Ia adalah rukun yang pertama. Hendaklah kita saling kenal mengenali dan berkasih sayang kerana Allah.

Hayatilah pengertian ukhuwah yang sahih dan sempurna di kalangan kita dan berusaha agar hubungan ini tidak dicemari oleh sesuatu.

Allah swt berfirman dalam surah Al Hujuraat :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara".


2. TAFAHUM

Selepas mengenali, seharusnya dalam usrah perlu ada saling memahami setiap individu dari segi sifat dan sikap, kegemaran, perlakuan, cara hidup serta prinsip hidup.

Melalui rukun yang kedua ini, setiap anggota dalam usrah akan saling menyokong dan memberi serta menjadi contoh antara satu sama lain dalam perkara-perkara kebaikan. Ia juga akan mendorong muhasabah diri di mana setiap anggota boleh menasihati saudaranya jika ia melihat sebarang kesilapan atau kekurangan yang perlu dibaiki.

3. TAKAFUL

Sabda Rasulullah saw ;

"Usaha seseorang untuk memenuhi hajat saudaranya lebih baik baginya dari beri’tikaf sebulan dalam masjidku ini".

Hendaklah kita saling membantu bantu, pikul memikul masalah dan tanggungjawab antara kita. Ini adalah sebuah tuntutan iman yang nyata dan intipati ukhuwah di mana kita hendaklah sentiasa saling bertanya khabar dan bersegera sedaya upaya untuk membantu pihak yang memerlukannva.


TUNTUTAN UKHWAH DALAM USRAH





Usrah juga menjadi sebagai wasilah bagi melaksanakan tuntutan ukhuwah. Seterusnya, usrah akan mampu memperkasakan ‘intima'’ (penggabungan dengan Islam dan jamaah).

Dalam usrah yang berteraskan ukhwah Islamiyyah, terdapat di dalamnya ketenangan, kasih sayang dan Rahmat Allah.

Ketuanya dinamakan ‘naqib’ sebagai mengikuti tindakan Rasulullah saw dalam Bai’ah Aqabah yang kedua selepas kepulangan Mus'ab bin Umair dari Madinah bersama 73 orang lelaki dan dua orang perempuan.

Apabila selesai berbai’ah, Rasulullah saw meminta mereka memilih dua belas orang di kalangan mereka sebagai ‘naqib’. Alangkah bijaknya tindakan Rasulullah saw itu.

NAQIB / NAQIBAH SERTA KEPIMPINAN

Tarbiyah dalam usrah harus diperkuatkan dengan peranan murabbi dalam menguatkan kepimpinan, menunjukkan ‘qudwah’ dan menguatkan ukhwah serta kebersamaan. Dalam usrah, naqib / naqibah berhak untuk mentarbiyah, mengarah serta perlu ditaati.

Kepimpinan dalam usrah bertanggungjawab besar dalam menjalankan tarbiyah. Beberapa rangka perlaksanaan usrah yang perlu difahami dan dijalankan oleh naqib bagi memastikan perjalanan usrah dan keberkesanan dakwah.




TARBIYAH MELALUI USRAH DAN DAKWAH

Imam Hasan Al-Banna berkata :

"Islam menitik beratkan pembentukan usrah-usrah yang mendorong ahli-ahlinya ke arah nilai-nilai yang tinggi, memperkuatkan ikatan ukhuwah, menaikkan taraf bercakap dan berteori kepada taraf beramal dan perbuatan. Rukun ikatan ini ada tiga, maka peliharalah dan berikan tumpuan untuk melaksanakannya agar ia tidak sekadar tugasan tanpa ruh.”

Usrah adalah suatu proses tarbiyah yang mengandungi unsur-unsur ilmu, fiqh dan kefahaman serta memerlukan murabbi dalam satu naungan.

Dalam usrah, terdapat beberapa rangka kerja yang perlu dirancangkan di setiap peringkat (mustawa'). Antara perancangan rangka kerja adalah:

1. Menentukan objektif setiap peringkat
2. Menetapkan bahan serta wasilah untuk menyampaikan ilmu dan tarbiyah
3. Menggariskan tahap-tahap amal.

Ikatan usrah amat perlu dalam memastikan amal tarbawi yang produktif dan berterusan. Dengan tarbiyah melalui usrah yang erkesan akan lahir individu-individu yang berkualiti dan keluarga-keluarga Islam yang diikat dengan hubungan kasih-sayang serta masyarakat Islam yang bertakwa dan berjaya.




Imam Hasan Al-Banna telah mengenal pasti bahawa proses tarbiyah tidaklah semudah yang disangka oleh kebanyakan orang. Umat Islam telah menghadapi serangan pemikiran, kekeliruan dan keperibadian.

Semua penyakit itu tidak dapat dirawat dalam masa sehari semalam. Tidak cukup dengan kuliah, ceramah atau kursus di sana sini oleh pemikir Islam atau para ulama’. Selepas ceramah, kursus dan kuliah, masing-masing membawa diri. Begitu juga dengan risalah atau makalah, kesannya akan hilang selepas habis membacanya.

Rawatan itu memerlukan kesabaran dan Tarbiyah Islamiyah yang panjang dalam satu naungan tarbawi iaitu ‘usrah’.

la juga perlu kepada murabbi yang memiliki ciri-ciri tertentu. Ini disebabkan tarbiyah yang merupakan unsur tetap dakwah memerlukan satu usaha yang bersungguh-sungguh tanpa henti agar dapat melahirkan ‘rijal’, bukannya tulisan atau buku.

Proses ini memerlukan :

1. Manhaj yang betul.
2. Ketekunan amal.
3. Akhlak yang mantap.
4. Polisi nafas panjang.
5. Kesabaran.
6. Nasihat yang baik.
7. Hujah yang jelas.
8. Kepekaan dan pemantauan yang teliti dan berhati-hati.

Inilah usrah atau pun manhaj Islam bagi menghadapi arus kehidupan secara sempurna. Ia juga merupakan dakwah yang sebenar yang mampu membetulkan kefahaman. Maka usaha ini memerlukan tarbiyah yang bermanhajkan Al-Kitab, As-Sunnah dan pengalaman salafus soleh yang berpegang teguh dengan ‘al-Usul al-Fiqh’ dan ‘al-Qawaid al-Syariah’.

Semua tugas ini tidak akan berjaya melainkan dengan rasa tanggungjawab ‘naqib’ terhadap anak-anak didiknya di mana ia perlu menerangkan kepada mereka sejelas-jelasnya apakah tanda dan isyarat ketika melalui jalan ini (dakwah) agar tidak timbul kerumitan dan kekaburan.

Pembentukan kumpulan usrah yang produktif akan membentuk individu jamaah yang unggul. Maka kerana itulah diletakkan secara jelas segala peraturan, pengurusan, wacana dan matlamat. Dakwah yang dijana dalam usrah seharusnya menghasilkan beberapa kekuatan kepada naqib dan mutarabbi iaitu dari segi:

a. Kejelasan fikrah Islamiyyah dan fiqh dakwah
b. Kesepaduan tasawwur dan suluk berasaskan ilmu serta panduan Al-Quran dan sunnah
c. Kesatuan tujuan kehidupan di dunia dan pencapaian matlamat redha Allah serta kesudahan yang mulia di akhirat.
d. Kesatuan matlamat dalam menegakkan Iman dalam setiap diri mukmin dan kesatuan wacana yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Di sini dibawakan contoh agenda usrah yang boleh meninggalkan kesan tarbawi yang besar dalam kehidupan individu :

Pertama:

Setiap akh membentangkan permasalahannya agar dapat dikongsi oleh orang lain demi mendapatkan penyelesaian dalam suasana ukhuwah dan ikhlas.

Itu semua boleh memantapkan ‘thiqah’ (kepercayaan) dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan di mana seorang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya sehingga tercapai apa yang disabdakan Rasulullah saw :

"Perumpamaan hubungan kasih sayang dan simpati sesama mukmin seperti satu jasad, jika satu anggota mengadu sakit niscaya anggota-anggota yang lain akan turut berasa sakit dan berjaga malam".

Kedua :

Mengkaji dan bermuzakarah tentang urusan umat Islam di samping menerima arahan-arahan daripada pimpinan.

Usrah bukanlah tempat untuk berdebat atau mengangkat suara. Itu adalah haram di sisi fiqh usrah, sebaliknya usrah merupakan tempat untuk penjelasan dan penerangan dalam suasana beradab dan saling hormat-menghormati.

Ketiga :

Mengkaji buku-buku yang berkualiti yang mendatangkan manfaat kepada individu agar tercapai objektif keperibadian Islam sebagai agen perubah.



RUJUKAN

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/

Wednesday, December 28, 2011

Perancangan Gerak Kerja Islam

Allah telah berfirman dalam Surah Ali Imran:
"Dan berapa banyak para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan." (QS Ali Imran : 146-148)
 
Beberapa pengajaran dari ayat ini adalah:
1. Islam amat menggalakkan kerja-kerja dakwah yang digerakkan oleh lebih ramai mujahid. Ini kerana semakin mendekati berakhirnya zaman, semakin besar cabaran dalam menegakkan syiar. Maka, tenaga dan fikiran para pendakwah yang ramai adalah amat perlu.
 

2. Keperluan para pendakwah yang berkualiti menjadi teras gerak kerja Islam. Antara sifat pendakwah dalam ayat ini adalah tidak mudah lemah dengan dugaan dan tidak mudah menyerah dalam usaha membangunkan Islam. Pendakwah seharusnya meletakkan kesabaran sebagai nadi perjuangan. 

Sebagaimana firman Allah:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (QS Al Fushshilat : 33)
 
3. Para dai juga harus sentiasa memperbaiki diri serta bermohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa sekiranya berada dalam keadaan melampaui batas atau berlebihan.
 
PERANCANGAN GERAK KERJA ISLAM
 
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” – Firman Allah (Surah Al-Imran 3:104)
 
PERANCANGAN PERTAMA

Perancangan yang pertama adalah memperbanyakkan penjanaan aktivis iaitu penggerak dalam dakwah. Merekrut aktivis dakwah adalah usaha untuk memberi jalan kepada manusia bagi mendapatkan hidayah dan pilihan Allah swt. Hasil akhirnya bergantung kepada kesediaan manusia untuk datang kepada Allah dan pada kehendak mutlak Allah swt sendiri.

Ini adalah kerana seorang pendakwah tidak mampu memberi hidayah tetapi sebenarnya ia hanya mampu menuntun manusia kepada hidayah itu.
 
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya. Dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (QS Al Qashash : 56)
 
Perhatikan peringatan Allah swt :
 
"Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al-Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku, bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." (QS Ali Imran : 79)
 
Maka dengan ini, pendakwah seharusnya dikembangkan potensinya untuk menjadi generasi rabbaniyyin yang mentauhidkan Allah dan menjadikan dakwah sebagai jalan hidupnya, Bukan sekadar pengikut fanatik suatu organisasi semata-mata tanpa mendalami matlamat gerak kerja Islam sendiri.

PERANCANGAN KEDUA

Perancangan kedua adalah dengan meningkatkan kualiti aktivis Islam atau para pendakwah. Ini dapat dilakukan dengan mencontohi agenda Tarbiyah Islamiyah yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
 
Antara agenda tersebut adalah:
1. PENGUKUHAN KEYAKINAN

Sebagai murabbi, Rasulullah saw sentiasa mengingatkan para sahabat baginda akan keyakinan dalam gerakan Islam khususnya ketika para sahabat mengalami ujian dan cubaan yang sukar dalam kehidupan mereka. Kunci keyakinan adalah didasarkan kepada keimanan yang teguh terhadap Allah swt, keyakinan yang kuat tentang kebenaran Islam, kefahaman yang meluar tentang dakwah serta kerinduan terhadap ganjaran syurga
 
Antara usaha yang perlu dilakukan pada masa kini melalui pelbagai program menyeluruh untuk aktivis Islam. Antaranya seperti :
 
1.      Perjumpaan dan usrah yang berterusan bagi terus menghidupkan dan menyuburkan ruh pengabdian kepada Allah
2.      Pengkajian sejarah kehidupan para anbiya’, para salafus-soleh dan para mujahid dakwah yang akan memberi pengaruh yang kuat terhadap kekukuhan dukungan terhadap Islam dan dakwah.
3.      Diskusi dan forum yang membincangkan manhaj dakwah dan asas-asasnya, perlu dilakukan secara rutin pada bahagian awal perjumpaan yang bersifat ‘tarbawi’ atau ‘tanzhimi’.
4.      Penilaian hasil kerja dakwah, bukan sahaja dari sudut-pandang pengurusan, tetapi juga pengajaran dan hikmah ‘rabbaniyah’ yang terkandung di dalamnya.
 
 
2. PENGUKUHAN PENGHAYATAN AL-QURAN
Rahsia kedua adalah kuatnya interaksi secara langsung antara ayat-ayat Allah dengan perjalanan kehidupan. Sebagaimana yang kita fahami bersama, turun naik perjalanan kehidupan Rasulullah saw bersama sahabat-sahabatnya adalah seiring dengan turunnya ayat-ayat Al Qur’an sehingga, bukan sahaja kehidupan itu berjalan di bawah bimbingan atau pengarahan dari langit (Taujih Rabbani), tetapi juga dapat dilihat dari interaksi secara langsung dan kuat dengan Al-Qur’an sebagai acuan kehidupan (Minhajul-Hayah).
 
Inilah yang menjadi sebab kenapa Sayyid Qutb menyebut para sahabat itu sebagai Generasi Al Quran (Jiil-Qur’ani).
 
Dalam konteks semasa, interaksi dengan Al Qur’an bukan hanya sebatas aspek tilawah, hafazan dan kefahaman, namun yang lebih penting adalah pada sisi pengamalan Islam dan dakwah yang terus mengarah kepada bimbingan Al Qur’an. Sudah semestinyalah, setiap aktivis dakwah mampu menjelaskan seluruh aktiviti hariannya dengan acuan Al Qur’an dan berusaha untuk menemui jawaban ke atas seluruh persoalan-persoalan hariannya dalam Al Qur’an.
 
Salah satu kayu ukur dalam menilai sudut ini ialah apabila seseorang aktivis dakwah itu memiliki kedekatan dengan Al Qur’an terjemahan di mana melalui terjemahan inilah aktivis-aktivis dakwah tersebut akan sentiasa mentadabbur ayat-ayat Allah untuk memahami dan menjelaskan kehidupannya.
 
Untuk menjawab halangan-halangan terhadap peningkatan kualiti ini, maka perlu segera dilakukan usaha mendekatkan interaksi seseorang aktivis dengan Al Qur’an. Misalnya dalam enam bulan pertama memulai proses tarbiyah, setiap ‘mutarabbi’ dibuat perancangan supaya mampu menguasai bacaan Al Qur’an dengan baik. Enam bulan berikutnya, mereka diprogramkan untuk menghafal ayat-ayat keimanan, khususnya pada juz 30. Masa-masa seterusnya, program hafazan Al Qur’an disesuaikan dengan tema-tema pembahasan tarbiyah sehingga kefahaman keislaman dan fikrah dakwah dapat diikuti dengan hafazan ayat-ayat yang berkaitan.
 
Kegiatan ‘taushiyah’ dalam ‘liqa’ tarbawi’ boleh diselang-selikan dengan ulasan tafsir dari ayat-ayat tilawah yang sedang dibaca. Tentu sahaja, ulasan tafsir ini diarahkan untuk merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang sudah banyak diterjemahkan. Begitu juga pembahasan terhadap berbagai permasaalahan dakwah perlu diusahakan untuk melihat kepada tinjauan terhadap Al Qur’an sehingga kefahaman dan penguasaan aktivis terhadap makna dan pengajaran dari ayat-ayat Al-Qur’an tersebut menjadi kuat.
 
3. BIMBINGAN KEPADA PENERAPAN AMAL
Islam adalah agama amal dalam ertikata bahwa Islam mengutamakan kebaikan amal sebagai bukti dari keimanan dan kefahaman. Seterusnya, penerapan amal justeru akan mempercepatkan dan memperkukuhkan bangunan keimanan dan kefahaman terhadap Islam. Tentu sahaja semua ini dilakukan dengan menjaga agar setiap amal yang dilakukan sentiasa berlandaskan keikhlasan dan kefahaman.
 
Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dalam mentarbiyah umatnya. Mereka menjadi ‘Qaumun ‘Amaliyyun’ atau orang yang sentiasa beramal.
 
"Dan katakanlah: "Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya beserta orang-orang mu’min akan melihat amalmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata. Lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS At Taubah : 105)
 
Ketika arahan amal begitu kuat dalam Islam, hal ini mendorong para sahabat untuk sentiasa berkomunikasi dan bermesyuarat dengan Rasulullah saw dalam kapasiti baginda sebagai nabi, ketua dan juga hakim. Dari sinilah kefahaman mereka bertambah seiring dengan banyaknya amal. Kebaikan mereka berlipat kali ganda seiring dengan kesalahan yang diperbaiki. Keyakinan mereka menjadi semakin kuat seiring dengan kemenangan amal yang mereka raih sehingga akhirnya, keyakinan Islam mereka semakin kukuh kerana Rasulullah saw sentiasa menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang berjaya dalam beramal soleh.
 
Tarbiyah bukanlah semata-mata untuk tarbiyah, tetapi tarbiyah adalah untuk dakwah. Kita adalah pertubuhan dakwah, bukan pertubuhan tarbiyah. Oleh kerana itu, peningkatan kualiti aktivis dakwah akan menuju kepada prinsip ini iaitu bagaimana para ‘mutarabbi’ sejak awal tarbiyahnya lagi diarahkan dan dibimbing untuk mulai mengamalkan Islam dan dakwahnya.
 
Murabbi yang berjaya adalah yang mampu menjadikan mutarabbinya sebagai subjek dakwah dan bukan objek dakwah.
 
Ingatlah firman Allah swt :
 
"Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al-Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku, bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." (QS Ali Imran : 79)
 
Akhirnya kita menemui satu kata kunci iaitu ‘Tajribah Maidaniyah’ atau pengalaman di medan sebenar adalah cara yang berkesan untuk mematangkan keyakinan, kefahaman dan kemampuan amal seseorang aktivis.
 
Ilmu Allah yang sangat luas akan diajarkan kepada kita ketika kita ada di medan kehidupan sebenar untuk mengamalkan ajaran Islam dengan penuh tawakal.
 
"... Dan bertakwalah kepada Allah, niscaya Allah akan mengajarkanmu. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (QS Al Baqarah : 282)

4. KETELADANAN DAN KEPIMPINAN YANG BAIK

Perilaku dan amal para pendakwah adalah cerminan dari dakwahnya. Mereka adalah teladan dalam pembicaraan dan amalan.
 
Slogan mereka adalah "Ashlih Nafsaka, Wad’u Ghairaka" (perbaiki dirimu, kemudian serulah orang lain).
 
Rasulullah saw telah menampilkan keteladanan ini dalam dirinya. Sungguh, baginda adalah teladan yang sempurna bagi manusia. Baginda adalah teladan bagi setiap pendakwah, setiap pemimpin, setiap bapa dari anak-anaknya, setiap suami dari isterinya, setiap sahabat, setiap murabbi, setiap pengamal politik dan berbagai tingkatan sosial manusia yang lain.
 
Dengan cara inilah, Rasulullah saw berjaya dalam membentuk sahabat-sahabatnya. Islam menampilkan keteladanan sebagai wasilah dakwah dan tarbiyah yang paling berkesan sehingga Islam menetapkan sistem tarbiyah yang berterusan berdiri kukuh di atas dasar prinsip keteladanan tersebut.
 
Sesungguhnya, kebaikan amal seorang pendakwah adalah khutbah yang paling mantap. Akhlaknya yang mulia bagaikan "sihir" yang memikat hati. Oleh kerana itulah, seorang pendakwah yang berjaya adalah pendakwah yang mengajak kepada kebenaran dengan perilakunya, meskipun dia sedikit berbicara. Ini adalah kerana peribadinya telah menjadi contoh yang hidup dan bergerak memperagakan prinsip-prinsip yang diyakininya.
 
Munculnya gejala penurunan kualiti aktivis dakwah sekarang ini berkemungkinan disebabkan kerana lemahnya keteladanan yang ditampilkan oleh para pendakwah dan para pemimpin. Masyarakat tidak dapat belajar secara langsung tentang kebaikan dari pendakwah dan pemimpinnya atau bahkan mereka mungkin dikejutkan dengan perilaku yang kontradiktif dari pendakwah dan pemimpinnya.
 
Untuk tujuan tersebut, walauapapun usaha peningkatan kualiti aktivis yang akan kita lakukan, pada akhirnya ianya perlu disempurnakan dengan keteladanan dan kepimpinan yang baik dari para murabbi dan pendakwah. Kita tidak berhak menegur aktivis dakwah yang lemah kualitinya, selama mana kita sendiri belum mampu mengajarkan dan menunjukkan mereka tentang keteladanan.
 
PERANCANGAN KETIGA
Perancangan ketiga adalah mengembangkan iklim nasihat menasihati. Masyarakat mu’min di antara ciri-cirinya adalah kuatnya budaya ‘taushiyah’ (nasihat menasihati) dan ‘amar ma’ruf nahi munkar’. Mereka memandang perkara ini sebagai keperluan untuk menjaga kebaikan Islam. di samping sebagai hak kewajiban seorang mu’min ke atas mu’min lainnya dan yang lebih penting, ini merupakan salah satu misi dakwah Islam.
 
Dalam sejarahnya, kehancuran umat terdahulu adalah kerana mereka tidak mengembangkan iklim ‘taushiyah’ dan ‘amar ma’ruf nahi munkar’. Boleh jadi hal ini bukan kerana kebodohan mereka terhadap ajaran agama, tetapi kerana kungkungan budaya tertentu. Misalnya sikap takut untuk menegur orang lain terutama yang status atau darjat sosialnya dianggap lebih tinggi atau rasa tidak sedap hati yang akan menyinggung perasaan orang lain. Sikap-sikap ini akan membawa kepada  pengabaian terhadap kesalahan yang berlaku kepada saudara kita. Jika perkara ini terus berlaku, maka sensitiviti kita terhadap kemunkaran yang berlaku dalam kehidupan dakwah boleh lenyap. Inilah pintu malapetaka yang nyata bagi dakwah.
 
Ada banyak cara untuk mengembangkan iklim ini. Yang paling asas adalah menghidupkan kembali suasana Ukhuwah Islamiyah di kalangan aktivis. Manakala interaksi persaudaraan  hidup dengan baik di mana sesama aktivis saling menjalin silaturahim dan berbagai bentuk mu’amalah lainnya.
 
Ini akan membuatkan seorang akh mengenali dengan betul keadaan saudaranya yang lain. Semakin kita kenal dengan saudara yang lain, semakin kita tahu akan kebaikan atau kekurangannya. Di sinilah peluang amal soleh untuk melakukan ‘taushiyah’ terbuka. Secara tabi’ienya, seseorang merasa lebih nyaman dan lapang apabila yang memberi ‘taushiyah’ adalah orang yang dekat dengannya.
 
Kemudian, peranan ‘taushiyah’ yang dilakukan setiap murabbi iaitu bagaimana seorang murabbi menjadikan halaqah tarbiyah sebagai wasilah yang berkesan untuk mentaushiyah para mutarabbinya.
 
Nasihat-nasihat yang diberikan sesuai dengan persoalan kehidupan mereka sehingga para mutarabbi sentiasa terbimbing untuk istiqamah di jalan Islam. Untuk itu, interaksi antara murabbi dan mutarabbi tidak boleh hanya sebatas di dalam halaqah semata-mata. Interaksi yang lebih bersifat peribadi di luar waktu halaqah menjadi penting agar kedua belah pihak lebih saling mengenali. Ingatlah agama itu adalah nasihat.
 
Yang terakhir yang perlu dilihat secara serious juga adalah peranan kepimpinan di semua peringkat dan tingkatan. Taushiyah seorang pemimpin yang disampaikan secara bijaksana dan penuh ungkapan kasih-sayang, bukan sahaja akan meluruskan orientasi dan proses kerja tetapi juga akan menguatkan kesepaduan organisasi kerana orang-orang yang di dalam organsasi itu tidak merasa terikat secara pentadbiran semata-mata, tapi juga dengan ikatan hati sehingga menjadi sesuatu yang sangat penting dan mendesak.
 
Ia juga penting untuk para pemimpin dakwah khususnya yang ada di bahagian operasi untuk mengukuhkan peranan kepimpinan kerohaniannya serta tidak terjebak sebatas kepimpinan pentadbiran yang fungsi dan peranan kepimpinannya hanya muncul ketika halaqah berbentuk organisasi sahaja.
 
Dalam konteks kepimpinan organisasi, perlu disediakan saluran agar antara para pemimpin dan anggota-anggota organisasinya di setiap tahap dan tingkatan boleh bertemu dan membicarakan perkara-perkara penting secara bersama. Di dalam forum ini, disampaikan perkembangan dan permasalahan dakwah yang perlu diketahui oleh para anggota dan para pimpinan berusaha untuk mendapatkan masukan-masukan yang sebanyak-banyaknya dari para anggota. Setiap anggota pula berhak untuk menyampaikan kritikan dan cadangan pembaikan secara terbuka dan konstruktif dalam forum ini.
 
Apabila iklim ‘taushiyah’ dan ‘amar ma’ruf nahi munkar’ hidup dengan baik di semua aspek, insya Allah kehidupan dakwah ini akan sentiasa sihat dan kuat kerana setiap potensi dan gejala penyakit boleh dikesan dengan cepat secara spontan.
 
Menumpuknya masalah yang mengganggu organisasi dakwah biasanya akibat dari tidak hidupnya iklim ini sehingga semua persoalan mesti ditanggung oleh organisasi.
 
Perhatikan firman Allah swt :
 
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar. Mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS at Taubah : 71)
 
 

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan dalam Pembinaan Ummah Cemerlang


Alhamdulillah, betapa besar nikmat Allah ke atas kita kerana memberi kita kesempatan untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan, ulan di mana amal kebaikan dilipatgandakan ganjaran melebihi bulan-bulan lain.

Menjejak kaki ke bulan Ramadhan bagai menjejak kaki ke pusat tarbiyyah hati dan ketaatan, di mana pusat ini menyediakan pendidikan rabbaniyyah, imaniyyah dan takwa.

Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini adalah pusat pendidikan iman yang lengkap, mencakupi pelajaran, prinsip serta nilai tarbiyyah serta latihan ketaatan bagi tujuan kita menempuh kehidupan di dunia serta mendapatkan kehidupan yang sejahtera di akhirat nanti, insyaAllah.

LATIHAN PENGUKUHAN IMAN DAN TAKWA.

“Dan berbekallah, kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa” (QS Al-Baqarah : 197)

Takwa dan keimanan adalah bekalan yang amat perlu dalam kita mengharungi ujian dunia yang penuh cabaran. Bekalan iman dan takwa juga akan kita bawa bersama apabila dijemput Allah suatu hari nanti. Maka Ramadhan ini, Allah memperuntukkan satu bulan untuk kita memenuhkan dan mengukuhkan iman dan takwa dalam hati melalui ibadah puasa yang diwajibkan khusus pada bulan Ramadhan.

Istimewa Ramadhan kerana ia merupakan:

1. Bulan peningkatan keimanan, taqwa dan pendekatan diri kepada Allah. Di mana syaitan yang menghasut agar jauh dari Allah dibelenggu, amalan fardhu yang dilakukan dilipatganda pahala dan amalan sunat pula pahalanya seperti amalan fardhu. Maka beruntung benar mereka yang memanfaatkan Ramadhan untuk meningkatkan iman dan takwa.

2. Bulan ibadah, ‘tadharru’’ (ketundukan), istighfar, taubat dan doa. Di waktu siangnya kita berpuasa dengan penuh ketakwaan, pada malamnya kita bertarawikh dan menghidupkan malam.

3. Bulan infaq, berkorban, memberi, kebaikan dan berbuat baik serta memelihara orang-orang fakir, miskin dan yatim, kaum muslimin memberikan kenikmatan di dalamnya dengan bergotong royong dan tolong menolong di antara mereka.

4. Bulan diwajibkan berpuasa, bersungguh-sungguh, kesabaran dan tahan memikul beban.

5. Bulan kemenangan ke atas jiwa, hawa nafsu dan syaitan, di dalamnya seorang muslim dilatih menahan keinginan, memperkukuhkan cita-cita, azam dan gerakerja bagi mencapai perubahan yang positif.

6. Bulan Al Qur’an Al Karim di mana kaum muslimin sentiasa membacanya sepanjang malam dan sepanjang hari, agar dapat dipelajari dari pelajaran-pelajaran dan ayat-ayatnya, mentadabburkan apa yang terkandung di dalamnya dari berbagai pengarahan dan makna-maknanya, mentelaah ‘manhaj’ dan ‘uslub-uslubnya’ sehingga menjadi undang-undang yang kekal, petunjuk jalan dalam kehidupan dan manhaj dalam kebangkitan.

Demikianlah madrasah ‘imaniyah’, taman pembinaan, kurniaan Allah yang sentiasa hadir setiap tahun sebagai kurniaan dari Allah ke atas umat ini, nikmat yang sangat besar dan kurniaan yang agung, kita membuka pintu seluas-luasnya menuju kebangkitan yang baru ini, mengembalikan kaum muslimin akan kemuliaan mereka yang telah redup dalam kurun yang lama dan pada tahun-tahun yang panjang.

KEPERLUAN KITA TERHADAP RAMADHAN

Melalui madrasah ‘rabbaniyah’ ini, kita sangat memerlukan akan pelajaran-pelajaran buat diri yang terdapat di dalamnya. Hasil didikan di madrasah ini kita berharap akan menjadi insan rabbani yang mempunyai ciri:

1. kesungguhan dalam menjaga hubungan dengan Allah dan manusia

2. redha mengorbankan kepentingan

3. pengabdian sepenuhnya pada Allah dan ikhlas beramal

4. kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan Allah dan tetap dalam perjuangan Islam

5. menjadikan tujuan hidupnya serta tujuan segala perbuatannya adalah untuk Allah

Maka, marilah kita menyeru diri kita dan orang di sekeliling kita untuk memanfaatkan Ramadhan ini dengan amal kebaikan serta pengabdian yang menyeluruh hanya untuk Allah. Sama-sama kita menghiasi hari siangnya dan menghidupkan hari malamnya dengan Al-Quran, zikir, doa, istighfar, tahajjud dan pelbagai ibadah lain, serta melakukan kerja amal kerana Allah.

Selain itu kita juga perlu berperanan dan turut serta dalam amal sosial dan kebaikan, seperti menganjurkan sedekah, mengunjungi orang sakit yang dirawat di pusat perubatan, meringankan beban orang yang memerlukan bantuan, menjalin silaturrahim keluarga, kerabat yang dekat, memperbaiki hubungan keluarga dan mendamaikan antara dua orang yang sedang berselisih.

Umat sangat-sangat memerlukan kesungguhan pemuda muslim yang baik yang digerakkan oleh iman, didorong oleh akidah, didisiplinkan oleh hukum-hukum syariah serta dihias peribadinya dengan akhlak Islamiah.

Kesungguhan ini diharapkan dapat membuka pintu harapan untuk :

a. Bangkit.

b. Memerangi sifat putus asa dan rendah diri.

c. Memperkukuhkan imuniti untuk menghadapi kelemahan, kerusakan dan penurunan indeks moral.

d. Menolak kezaliman, tekanan dan penindasan.

Kita yakin bahwa iman yang benar adalah merupakan fokus utama untuk membangun masyarakat muslim yang soleh iaitu asas utama untuk kebangkitan dan kemajuan ummah:

Seharusnya kebangkitan Islam bakal dibina berasaskan:

a. Iman sebagai tunjang kerukunannya.

b. Tauhid sebagai prinsipnya.

c. Rasul sebagai pemimpinnya

d. Al Qur’an sebagai perlembagaan hidupnya.

e. Jihad sebagai usaha dan jalan hidupnya.

f. Mati di jalan Allah sebagai cita-cita tertingginya.

ILMU YANG BERMANFAAT

Melalui iman akan hadir ilmu yang bermanfaat samada ilmu agama atau ilmu dunia.

Ilmu dengan berbagai cabangnya merupakan kewajiban umat dan tidak akan ada kebangkitan dan kewujudan cita-cita di masa depan jika tidak menjadikan ilmu sebagai keutamaan atau perhatian utama.

Kewajiban para pemuda muslim adalah :

1. Menerima pelajaran.

2. Gigih dan sungguh-sungguh untuk mencapai dan memahami ilmu.

3. Meraih tingkatan dan darjat yang tinggi.

4. Sedar dengan risalah dan tujuannya.

5. Mencapai prestasi ilmu dan akhlak yang mulia.

6. Baik dalam berinteraksi dengan guru-guru, tenaga pengajar dan rakan seangkatannya.

7. Semangat yang berterusan terhadap peranan ilmu dan institusi-institusi pendidikan.

Umat yang bersungguh-sungguh dalam menuju kemajuan dan peningkatan memerlukan ulama’, guru dan para pendidik yang :

a. Memiliki keikhlasan.

b. Berjuang dengan penuh semangat.

c. Membina anak-anak dengan penuh kecintaan.

d. Memelihara dan mendidik mereka.

Oleh kerana itu umat mesti berterimakasih kepada para ulama’, asatizah, mu’allim dan murabbi dan menghargai mereka dengan penghargaan yang tinggi.

Ilmu merupakan wasilah dan jalan untuk bangkit dan maju di mana para ulama’ berjuang keras siang malam untuk kebangkitan dan kemajuan umat.

KEPERLUAN KEPADA PEMUDA MU’MIN

Kita sangat memerlukan kepada pemuda mu’min yang :

1. Memiliki senjata dengan ilmu yang bermanfaat.

2. Memiliki keinginan yang dapat mendorong kepada jiwa berkorban dan memberi demi kebangkitan umat.

3. Mengembalikan kemuliaan Islam.

Pemuda mu’min merupakan harapan dalam :

a. Memurnikan nilai-nilai yang mulia.

b. Memerangi kecurangan dan penipuan.

c. Menentang kezaliman dan penindasan.

d. Menghentikan keruntuhan moral.

e. Menumbuhkan nilai-nilai kebenaran, keadilan, kebebasan dan syura.

f. Memperkukuhkan akhlak dan prinsip-prinsip.

g. Mendukung sikap kasih sayang dan mengasihi antara manusia.

Moga dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkah ini akan mengembalikan semula kepada umat Islam dengan kebaikan, anugerah dan berkah serta akan menguatkan cita-cita serta perjuangan untuk mencapai kemenangan menyebarkan syariat Islam seterusnya mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaAllah.

Tuesday, April 19, 2011

Keluasan Ufuk Jihad

Oleh : wan_ahmad2007@yahoo.com

Assalamualaikum Ikhwah dan Akhawat sekalian,

Di antara aspek tarbiyah Ikhwanul Muslimin yang menonjol ialah tarbiyah jihad dan ianya bukanlah hanya tertumpu kepada tarbiyah ketenteraan kerana pengertian "jihad" lebih mendalam dan lebih luas dari pengertian ketenteraan.

Ketenteraan adalah :

1. Disiplin.
2. Latihan.

Namun, jihad adalah :

1. Iman.
2. Akhlak.
3. Jiwa.
4. Pengorbanan.

di samping disiplin dan latihan pula.

Pengertian jihad sebelum Ikhwanul Muslimin adalah samar-samar dan telah menghilang dari pentarbiyahan dan kehidupan Islam.

Kelompok-kelompok agama, sufi dan bukan sufi tidak memberikan perhatian kepadanya. Golongan-golongan nasionalis hanya mementingkan jihad politik. Penceramah-penceramah agama di masjid-masjid dan di tempat lainnya menganggap jihad itu di luar bidang mereka yang bersifat keagamaan.

Tatkala lahirnya gerakan Ikhwanul Muslimin, maka ia :

1. Menghidupkan pengertian jihad.
2. Memupuknya.
3. Mempopularkannya dalam tulisan-tulisan, kitab-kitab, majalah-majalah, suratkhabar- suratkhabar dan dalam pidato-pidato, diskusi-diskusi, syair dan nasyid-nasyid.

Imam Hasan Al-Banna menganggap jihad sebagai salah satu rukun bai'ah yang sepuluh dan salah satu slogan yang dilaungkan oleh Ikhwan ialah kalimat :

"Jihad itu adalah jalan kami dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita kami yang tertinggi "

Di antara cara yang dipilih oleh Ikhwanul Muslimin untuk mengingatkan kepada jihad ialah memperingati peristiwa-peristiwa Islam yang berhubungan dengannya, seperti peperangan-peperangan besar; perang Badar, penaklukan Makkah dan sebagainya.

Di antara cara khusus yang mereka lakukan ialah menetapkan suatu buku atau beberapa buku seperti riwayat hidup Nabi untuk bacaan dan pelajaran dalam keluarga-keluarga Ikhwanul Muslimin.

Sirah Nabi adalah jihad yang terus menerus pada jalan Allah dan oleh yang demikian sirah Nabi itu dinamakan Al-Maghazi (Peperangan- peperangan) .

Dalam Ilmu Fiqh, kitab "Jihad" dinamakan kitab "Siyar" (bentuk jamak dari kata Sirah) yang bererti riwayat hidup.

Isi Al Qur'an yang pertama-tama diwajibkan kepada anggota Ikhwan untuk menghafal dan mempelajarinya adalah Surah Al-Anfal bagi mempertajamkan pengertian jihad yang selama ini diabaikan oleh kaum muslimin.

Pengetahuan Ikhwanul Muslimin dan pentarbiyahan mereka secara umum menimbulkan pada diri mereka :

1. Perasaan unggul dan terhormat.
2. Akhlak suka berkorban dan memberi.
3. Jiwa berani mati dan mencari syahid.
4. Penanaman makna perajurit yang mukmin berupa ketaatan, patuh pada peraturan, mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan jamaah.

Makna ini nampak dengan jelas pada waktu seruan ketenteraan 1948 untuk membebaskan Palestin.

Maka berkumandanglah laungan-laungan :

"Wahai angin syurga, berhembuslah . . . wahai perajurit Allah, berangkatlah. "

Putera-putera dakwah dari berbagai pelusuk negara berlumba-lumba ingin memperolehi kemuliaan turut serta berjihad di tanah suci itu sampai mereka menemui salah satu dari dua kebaikan : menang terhadap orang Yahudi atau mati syahid dijalan Allah.

Ada seorang pemuda yang bernama Abdul Wahab Al-Batanuni, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama di Thantha yang mempunyai kerinduan yang kuat untuk berjihad di Palestin sehingga perkara itu menjadi mimpinya di waktu malam dan buah fikirannya di waktu siang.

Keinginannya itu tidak dapat terlaksana kerana disebabkan oleh dua halangan :

PERTAMA : Ibunya yang sangat mencintai dan menyayanginya, lebih-lebih lagi setelah ayahnya meninggal. Ibunya tidak sanggup berpisah jauh daripadanya, maka bagaimana kalau ia sampai mati syahid ?

Oleh kerana itu ibunya tidak mengizinkannya berangkat dan tidak rela ia menceburkan diri ke dalam pasukan Ikhwanul muslimin sedangkan ia sangat ingin berbuat baik kepada ibunya dan menyenangkan hatinya serta tidak ingin berangkat berjihad tanpa izin dan kerelaannya.

Oleh sebab itu, beliau memanggil beberapa temannya untuk menemaninya menemui ibunya, supaya mereka berbicara dengan ibunya itu tentang keutamaan jihad, kedudukan mujahid fi sabilillah dan kisah para pahlawan muslimin serta bagaimana sikap ibu-ibu mereka dalam perkara ini.

Demikianlah teman-temannya berbicara dengan ibunya sehingga akhirnya dengan air mata bercucuran, ibunya merelakannya untuk berangkat.

KEDUA : Syarat Pejabat Pengerahan Ikhwanul Muslimin yang tidak mengizinkan pelajar sekolah menengah ikut serta sebagai perajurit sukarela kerana usianya yang masih muda.

Dalam hal ini, saudara Al-Batatuni mengharapkan supaya teman-temannya berangkat dari Thantha ke Kaherah menemui Imam Hasan Al-Banna dan meminta dengan bersungguh-sungguh kepadanya agar ia dibenarkan ikut serta dalam pasukan, apalagi ibunya telah mengizinkannya.

Maka berangkatlah ketiga-tiga temannya iaitu Yusof Al Qardhawi, Ahmad Al 'Asal dan Muhammad Ash-Shafthawi lalu menemui Imam Hasan Al-Banna dan mengemukakan kepadanya persoalan itu.

Setelah berbicara lama, beliaupun menerima dan menyetujui keberangkatannya. Al Batanuni melonjak-lonjak kegirangan mendengar hasil keputusan yang dibawa oleh teman-temannya itu.

Perkara itu diceritakan kepada guru mereka, Ustaz Al-Bahi Al Khuli, lalu beliau berkata :

"Kejernihan muka Abdul Wahab Al Batatuni adalah kejernihan muka para syuhada'. Setiap kali melihatnya saya merasa melihat darah kesyahidan memerah di wajahnya."

Sesungguhnya demikianlah keadaannya di mana Abdul Wahab telah gugur sebagai syuhada' dalam tugas kepahlawanan bersama dua orang sahabatnya. Mereka berjaya menghancurkan gudang bekalan senjata milik orang Yahudi setelah memasukinya dan menguasainya. Mereka menyalakan api pada peti-peti bahan api, lalu dalam sekelip mata gudang itu menjadi tumpukan kemusnahan dan bersamaan dengan itu pahlawan bertiga itu kembali ke hadrat Tuhannya.

Ini bukanlah hanya sikap Al-Batatuni sahaja. Berapa ramai pemuda yang lari dari keluarganya untuk masuk latihan ketenteraan dan betapa usaha ibubapa mereka untuk memujuk mereka supaya kembali, tetapi tidak berhasil. Akhirnya mereka menerima kenyataan ini dengan keyakinan bahawa iman telah merubah hati generasi ini.

Mereka tidak lagi takut mati, selama kematian itu dijalan Allah sehingga sebahagian mereka berkata :

"Wahai kaumku, biarkanlah aku, sesungguhnya syurga memanggilku. "

Berapa ramai di antara mereka yang menderita kesulitan berat, menumpang kereta api barang atau berjalan kaki di padang pasir Sinai menuju pos-pos saudara-saudaranya yang sedang berperang.

Berapa ramai isteri yang menyerahkan perhiasannya kepada suaminya supaya dijual untuk memperlengkapkan persenjataan diri suami mereka. Dengan demikian, ia ikut memberi sahamnya dua kali dalam berjihad :

a. Melepaskan barang yang paling berharga yang disukainya.
b. Rela berpisah dengan orang yang paling dicintainya.

Ada sebuah kisah iaitu seorang anggota Ikhwanul Muslimin dari markas Basiyun yang bernama Hasan Ath-Thawil. Dia mendaftarkan namanya dalam pasukan sukarela, meninggalkan keluarga, pertanian dan segala sesuatu yang dicintainya untuk mendapatkan pahala di sisi Allah.

Bukan itu sahaja, bahkan ia menjual kerbaunya. Kerbau bagi petani bagaikan modal bagi peniaga untuk membeli senjata supaya dapat ikut berperang mempertahankan tanah suci Palestin.

Tatkala Haji Ahmad Albas, ketua daerah itu berkata kepadanya :

"Wahai Hasan, tinggalkanlah kerbau itu untuk keluargamu, cukuplah engkau telah berkorban dengan dirimu dan meletakkan nyawamu di tapak tanganmu dan kewajiban orang lainlah yang tidak berjihad dengan dirinya untuk berjihad dengan hartanya,"

Maka Hasan menjawab dengan jawapan orang yang benar-benar memahami agamanya :

"Bukankah Allah swt berfirman :

(Berjihadlah dengan dirimu)

dan firmanNya lagi :

(berjihadlah dengan hartamu dan dirimu pada jalan Allah)

Lupakah tuan akan ayat :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (QS At-Taubah : 111)

Apakah tuan merasakan bahwa kita akan menerima sesuatu tanpa membayar harganya?

Berhadapan dengan keteguhan iman seperti ini, Haji Ahmad Albas tidak mampu lagi menjawab.

Hasan berangkat bersama perajurit-perajurit lainnya dan kembali dengan selamat, bukan untuk dihormati dan dimuliakan tetapi untuk dimasukkan ke dalam tahanan oleh kerajaan Mesir sebagai balasan atas jasanya dalam peperangan melawan Zionis. Sikapnya terhadap tukang pukul dalam penjara iaitu perwira Sa'duddin As Sumbathy mempunyai riwayat yang patut dikagumi dan dibanggakan.

Semangat yang tinggi dan luar biasa inilah yang menyebabkan orang-orang Yahudi gementar ketakutan ketika disebut pasukan sukarela Ikhwanul Muslimin berada dalam jarak dekat atau mendengar laungan mereka "Allahu Akbar" dari jauh.

Sebahagian mereka mengatakan kepada sukarelawan Ikhwan yang bernama Ma'ruf Al-Hadlary ketika ia ditawan :

"Kami tidak takut, kecuali kepada pasukan sukarela Ikhwanul Muslimin."

Ma'ruf bertanya : "Mengapa kamu takut terhadap pasukan Ikhwan padahal jumlah mereka sedikit dan persenjataannya kurang."

Askar Yahudi itu dengan tegas menjawab :

"Kami datang dari jauh ke tempat ini adalah untuk hidup, sedangkan mereka datang ke mari untuk mati, alangkah jauh bezanya antara orang yang menginginkan kehidupan dan orang yang menginginkan kematian."

Di antara kesukaran yang dihadapi oleh panglima pasukan Ikhwanul Muslimin di medan perang adalah, apabila sesuatu pasukan atau seseorang diamanahkan untuk tugas ketenteraan, maka sukar untuk menyedarkan pasukan-pasukan atau individu-individu lainnya untuk tidak diikutsertakan.

Semuanya berlumba-lumba untuk memperolehi kemuliaan berjihad. Perlumbaan ini kadang-kadang tidak dapat diselesaikan kecuali dengan melakukan undian atau kerelaan mereka terhadap penggiliran.

Setiap pasukan yang jatuh pilihan atasnya untuk menyerang, anggota-anggotanya melaungkan tahlil dan takbir, seraya berseru :

"Wahai angin syurga, berhembuslah, berhembuslah ..."

Di antara riwayat Ustaz Kamil Asy-Syarif dalam bukunya "Ikhwanul Muslimin dalam Perang Palestin", bahawa seorang pejuang muda, Abdul Hamid Khattab, putera seorang alim yang berani, Syeikh Basyuni Khattab, dalam pertempuran Dair 'Alam diminta untuk tetap di pos sebagai penjaga.

Dia marah, menangis dan meratap hingga panglima mengarahkan untuk beliau ikut serta dalam pertempuran. Bahagian yang diperolehinya adalah apa yang dicita-citakannya iaitu syahid fi sabilillah.

Sungguh mengkagumkan apa yang kita dengar dari mereka yang ikut berjuang betapa mereka memasuki pertempuran :

1. Setelah mandi dan berwudhu'.
2. Dengan iman dalam hati.
3. Al Qur'an dalam saku baju.
4. Senapang di tangan.

Bila seseorang di antara mereka terkena peluru, maka ia bertakbir dan membaca syahadah seraya berkata :

"Aku cepat datang menemuiMu wahai Tuhanku untuk mendapatkan keredhaanMu. "

Ada satu peristiwa di mana pecahan peluru meriam mengenai kaki salah seorang dari mereka lalu kakinya itu putus. Sahabat-sahabatnya menangis, sedangkan ia tersenyum melihat ke kakinya dan bersenandung dengan syair salah seorang sahabat Nabi :

"Aku tidak peduli ketika aku mati sebagai muslim, dalam keadaan bagaimanapun gugurku di jalan Allah, pengorbananku itu adalah untuk Allah, jika Dia berkenan, Dia akan memberkati tubuhku yang robek-robek ini "

Dalam salah satu pertempuran, komander pasukan, iaitu Sayyid Muhammad Al- Mansur terkena peluru. Oleh kerana itu, sejumlah sahabat-sahabatnya menghentikan penyerangan untuk menolongnya sehingga ia menghalang mereka kerana ia menganggap pertempuran lebih penting dari hidupnya.

Setelah ia sedar dari pengsannya setelah dipindahkan ke garisan belakang, pertanyaannya yang pertama adalah tentang bagaimana keadaan pertempuran, lalu mereka memberi jawapan yang menenangkan hatinya.

Dia tersenyum dan mengucapkan : Alhamdulillah.

Lidahnya tidak pernah berhenti berdoa walaupun sesaat :

"Ya Tuhan kami tolonglah dakwah kami dan wujudkanlah tujuan kami," sehingga ia kembali kepada Tuhannya dengan hati yang puas dan diredhaiNya.

Semua itu adalah contoh-contoh yang mengembalikan ingatan kita kepada perjuangan umat Islam di masa-masa pertama dahulu dan membuktikan bahawa umat ini sentiasa dalam kebaikan dan kunci keperibadiannya adalah Islam.

Islamlah yang :

1. Membentuk kepahlawanannya.
2. Memancarkan kekuatannya.

Slogan-slogan yang bersifat kedaerahan atau nasional tidak mampu menggerakkan dan menyedarkan umat ini kalau tidak digerakkan oleh seruan iman dan pentarbiyahan Islam.

Ustaz Kamil Asy-Syarif mengungkapkan dalam bukunya "Ikhwanul Muslimin dalam Perang Palestin", kes-kes dan cerita-cerita kepahlawanan generasi masa lampau yang patut diceritakan semula supaya menjadi pelajaran dan renungan; meskipun beliau menyatakan bahawa yang disusunnya itu adalah hasil dari pengalamannya sendiri.

Dalam satu pertempuran lain, nampak begitu terserlah kecemerlangan kepahlawanan Ikhwanul Muslimin berkat pentarbiyahan jihad mereka iaitu pertempuran Terusan Suez menentang Inggeris.

Mengenai pertempuran ini, Ustaz Kamil Asy-Syarif menulis dalam bukunya :

"Penentangan Bawah Tanah di Terusan Suez"

Saya kira seorangpun tidak akan dapat melupakan para syuhada' Ikhwanul Muslimin, terutama dari kalangan mahasiswa iaitu Umar Syahin, Ahmad al-Munisy, Adil Ganim dan lain-lainnya yang telah menulis dengan darahnya yang suci dalam pertempuran "Attillil Kabir" serta pertempuran- pertempuran sebelumnya dan sesudahnya, bahawa kemerdekaan itu tidak akan diberikan oleh penjajah tetapi mesti direbut dengan darah para pejuang (mujahid).

Akhirnya perlu saya katakan di sini : Bahwa Ikhwanul Muslimin, meskipun mementingkan perang dan ikut serta di dalamnya serta telah menyumbangkan para syuhada' dari tokoh-tokoh terbaik mereka, namun perang bukanlah satu-satunya jihad menurut mereka.

Dari apa yang mereka pelajari dari Islam, ternyata bahawa pengertian jihad lebih luas dan lebih lengkap dari pengertian perang.

Bila perang melawan penjajah yang merampas sebahagian dari negeri Islam adalah kewajiban yang tidak dapat ditinggalkan dan melawan penjajahan Kafir dan kekufuran yang menjajah adalah kewajipan agama lagi suci, maka perang melawan orang munafik dan ahli bid'ah, melawan orang-orang zalim dan jahat adalah kewajiban yang tidak kurang sucinya dari itu.

Al Qur'an mengatakan :

"Wahai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah jahannam. Dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya" . (QS At-Taubah : 73)

"Wahai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali." (QS At-Tahrim : 9)

Rasulullah saw ditanya tentang jihad yang lebih utama, lalu beliau menjawab :

"Mengucapkan kata-kata yang benar di hadapan penguasa yang zalim."

Ini bererti melawan kerosakan dari dalam sebagaimana dengan melawan serangan dari luar, kedua-duanya adalah wajib dan kedua-duanya adalah jihad.

Nabi saw berbicara tentang penguasa-penguasa yang zalim yang mengatakan apa yang tidak mereka kerjakan dan mengerjakan apa yang tidak diperintahkan (oleh Allah) dan beliau menerangkan pula kewajiban umat Islam ketika mendapat ujian dengan pemerintahan dan kekuasaan yang zalim itu.

Beliau bersabda :

"Barangsiapa berjihad (melawan) mereka dengan tangannya maka ia adalah mukmin, barangsiapa yang berjihad (melawan) mereka dengan lisannya maka ia adalah mukmin dan barangsiapa yang berjihad (melawan) mereka dengan hatinya maka ia adalah mukmin. "

Tidak ada iman lagi setelah itu walau sebesar debupun. Ini menunjukkan bahawa jihad dengan hati (jihad dengan rasa benci, marah, menjauhkan diri dan memboikot) adalah tingkat iman yang paling rendah.

Ini adalah bagi orang yang tidak mampu berjihad dengan lisannya, dan berjihad dengan lisan adalah bagi orang yang tidak mampu berjihad dengan tangannya (kekuatannya) .

Jadi jihad itu bukanlah terhadap orang kafir sahaja dan bukan dengan pedang sahaja.

Betapa tidak, Allah swt berfirman :

"Wahai nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah jahannam dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya" . ( QS At Taubah : 73)

Terhadap orang orang munafiq, bentuk jihad tidaklah dengan pedang kerana pada zahirnya mereka terhitung sebagai kaum muslimin.

Maka jihad terhadap mereka hanyalah dengan :

a. Penerangan.
b. Pelajaran.
c. Menegakkan hujjah.
d. Kata-kata manis yang mempengaruhi jiwa.

Ini sepertimana firman Allah swt :

"Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, kerana itu berpalinglah kamu dari pada mereka dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka."(QS An-Nisa' : 63)

Lebih tegas dari itu adalah firman Allah kepada RasulNya mengenai Al Qur'an :

"Kerana itu janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang benar." (QS Al Furqan : 52)

Perintah berjihad dalam surah Al-Furqan ini turun di Makkah sebelum diizinkan perang, dan perang itu belum diperintahkan lagi.

Jihad besar ini adalah jihad dakwah yang diiringi dengan :

1. Tabah dalam menyampaikannya.
2. Sabar di atas kepahitannya, kesulitannya dan panjang jalannya.

Ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat pada permulaan Surah Al-Ankabut :

"Dan barangsiapa yang berjihad, Maka Sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam". (QS Al Ankabut : 6)

Rasulullah saw dalam menerangkan cara jihad dan kepelbagaiannya terhadap orang kafir bersabda ;

"Berjihadlah terhadap kaum musyrikin dengan tanganmu, hartamu dan lidahmu."

Di samping itu semua, ada jihad jiwa, iaitu :

1. Mempelajari Islam.
2. Mengamalkannya.
3. Mendakwahkannya.
4. Tabah dalam berdakwah, sehingga ia memperolehi salah satu dari dua kebaikan, (menang atau mati pada jalannya).

Begitu pula jihad terhadap syaitan yang menyerang manusia dari dalam dirinya dengan menimbulkan keraguan yang menyesatkan akal dan dengan melalui hawa nafsu yang melemahkan kemahuan.

Oleh sebab itu, ia mestilah dilawan dengan senjata keyakinan yang menyingkirkan keraguan-keraguan dengan senjata kesabaran yang dapat membendung syahwat. Dengan yang demikian, ia akan menang terhadap syaitan sebagai musuh manusia dan meningkat keimanan mereka dalam agama kerana kesabaran dan keyakinan mereka sebagaimana firman Allah swt :

"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar dan selalu meyakini ayat-ayat Kami " (QS As-Sajdah : 24)

Inilah jihad dengan ertinya yang luas dalam Islam dan seterusnya inilah jihad menurut pengertian pentarbiyahan dan perjalanan hidup Ikhwanul Muslimin.

Pemimpin dakwah ini, Imam Hasan Al-Banna, dalam "Risalah At-Ta'alim" menerangkan makna jihad seperti yang difahaminya dari Islam dan seperti yang dikehendakinya untuk pengikutnya supaya memahaminya.

Yang saya maksudkan dengan jihad adalah :

Kewajiban yang berterusan sampai hari kiamat dan inilah yang dimaksudkan dengan sabda Nabi saw :

"Barangsiapa yang mati sedangkan ia belum berperang dan tidak berniat akan berperang, maka ia mati sebagai kematian Jahiliyah.

Tingkatannya yang paling rendah adalah penolakan hati dan yang paling tinggi berperang pada jalan Allah.

Di antara kedua itu adalah jihad dengan lisan, kalam, tangan dan perkataan yang benar di hadapan sultan (penguasa) yang zalim.

Dakwah tidak akan hidup, melainkan dengan jihad dan besar kecilnya jihad dapat diukur dengan tingginya nilai dakwah dan luasnya ruang lingkupnya dan dengan besarnya pengorbanan dalam melancarkannya dan besarnya pahala bagi pelaksananya.

Allah swt berfirman :

"Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya" . (QS Al-Hajj : 78)

Pentarbiyahan Ikhwanul Muslimin untuk berjihad dengan pengertian yang luas inilah yang menjadikan mereka berjihad untuk merealisasikan kefahaman Islam sebagaimana mereka berjihad untuk mempertahankan negeri-negeri Islam, bahkan kefahaman Islam itulah yang menjadi isi dan tujuan sedangkan negeri hanya wadah dan cara.

Oleh kerana itu :

a. Mereka melawan kejahatan yang datang dari dalam seperti melawan kejahatan yang datang dari luar.

b. Mereka melawan kesalahfahaman terhadap Islam seperti melawan penjajah yang merampas negeri mereka.

c. Mereka tidak melihat perbezaan antara orang yang melanggar kehormatan negeri Islam dengan orang yang melanggar syari'at Islam.

d. Mereka ikut bertempur membebaskan negeri mereka seperti mereka ikut berjuang menjadikan agama sebagai pegangan dalam berbagai bidang kehidupan.

e. Darah mereka tertumpah di tangan kaum kafir, Yahudi dan Inggeris serta tertumpah pula di tangan penjahat-penjahat yang berwajahkan Islam.

f. Di Palestin dan Terusan Suez, mereka telah mempersembahkan para syuhada' di medan perang sepertimana yang telah dipersembahkannya juga di penjara Liman Thurah, Qal'ah, di penjara tentera dan dalam tempat-tempat penganiayaan yang lain.

Berapa banyak kekuatan yang nyata dan tersembunyi di dalam dan di luar negara yang berusaha membeli Ikhwanul Muslimin dengan harta dan kedudukan dan dengan demikian mereka berharap dapat mempengaruhi dan menguasai gerakan itu. Tetapi kekuatan-kekuatan ini tidak mendapat sambutan dari Ikhwanul Muslimin dan pemimpinnya.

Yang mereka dapat hanyalah penolakan keras dan jawaban tegas.

Allah swt berfirman :

"Apakah (patut) kamu menolong aku dengan harta? Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik dari pada apa yang diberikanNya kepadamu, tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. " (QS An-Naml: 36)

Berapa banyak kekuatan-kekuatan ini memakai cara-cara ancaman setelah cara janji tidak berhasil, mengisyaratkan ancaman setelah pujuk rayu menjadi sia-sia. Cara-cara ancaman dan gertakan tidaklah lebih berhasil dari cara-cara janji dan pujukan.

Kedua panahan itu balik menikam kerongkong orang yang melepaskannya, kekuatan-kekuatan yang berharap dan merasa cemas itu tidaklah menemui dalam diri anggota Ikhwanul Muslimin selain sikap terus berdakwah dan tabah pada jalannya meskipun mereka mengancam dengan pembakaran dan penghancuran atau menjanjikan akan meletakkan matahari di tangan kanannya dan bulan di tangan kirinya.

Penolakan tegas dan sikap keras Ikhwanul Muslimin terhadap penganiayaan agama Islam dan kaum muslimin dan penolakan terhadap setiap usaha untuk mengurangi nilainya atau memperlemahkannya, sentiasa menimbulkan tipu daya dan perancangan-perancangan sulit dari pihak musuh bertujuan untuk menjatuhkannya, bahkan membasminya sampai ke akar-akarnya sekiranya mereka sanggup melakukannya.

Inilah latar belakang terjadinya bahaya dan ujian yang bertubi-tubi dan pukulan-pukulan hebat yang berturut-turut yang membuatkan jamaah ini tidak lepas dari satu ujian melainkan diiringi dengan ujian yang lain.

Meskipun demikian, sikap Ikhwanul Muslimin tidaklah menjadi lemah kerana janji dan ancaman, baik sebelum datangnya bahaya, di waktu menghadapinya mahupun sesudahnya.

Mereka benar-benar sabar seperti sabarnya para pemimpin dan tabah seperti tabahnya para pahlawan dan jika kita mahu, katakanlah :

Ketabahan mereka adalah ketabahan orang-orang mukmin yang menepati janjinya kepada Allah. Jika adapun di antara mereka pada suatu masa (di bawah tekanan dan ancaman keras) mengatakan atau menulis kata-kata yang lemah lembut hanya untuk mengelabui penguasa yang zalim atau mengharapkan kebebasan dari kekejaman mereka, dengan alasan terpaksa dan mencari-cari alasan lain, seperti firman
Allah swt :

"Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah ia beriman (ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir pada hal hatinya tetap tenang dalam beriman (ia tidak berdosa)."(QS An-Nahl: 106)

Sedangkan dia yakin bahawa dirinya tidak pernah :

1. Melapangkan dadanya untuk kekafiran.
2. Menulis satu barispun untuk memuji kezaliman.
3. Ada niat untuk menyimpang dari Islam.

Sekiranya ada orang yang lemah di antara mereka pada suatu waktu, lalu berbuat demikian, maka ia akan segera menyesal dan mengucapkan istighfar, ia dengan segera kembali menemukan dirinya dalam keadaan menangis dan sangat sedih, ia kembali kepada jamaahnya meminta maaf dengan penuh penyesalan dan sebelum itu ia telah bertaubat dan meminta ampun kepada Tuhannya.

Ya Allah, hidupkanlah semangat jihad di dalam hati kami kerana sesungguhnya bara jihad itu tidak akan hidup melainkan dibakar dengan sumbu iman dan taqwa dan mengharapkan kesyahidan dan keredhaanMu dalam syurga yang indah. Jadikanlah kami mereka-mereka yang tetap teguh berdakwah dan berjihad samada terhadap diri kami, mereka-mereka yang ada di sekeliling kami serta musuh-musuh kami samada yang terlihat atau yang tersembunyi.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS